Rabu, 6 April 2011

Aduhai, Negaraku

Sekarang, di dada-dada akhbar dan media bising dengan kisah-kisah politik negara. Negara sekali lai dikejutkan dengan skandal video seks yang dipercayai "dilakonkan" oleh ketua pemimpin parti pembangkang.

Oh, sebelum itu, terlebih dahulu ingin saya tegaskan di sini bahawa bicara saya ini bukan atas dasar politik. kerana sesungguhnya saya sedar bahawa saya ini masih lagi seorang pelajar yang masih terikat dengan undang-undang dan akta yang melarang pelajar terlibat dengan sebarang permainan politik negara.

Namun, saya bercakap atas beberapa dasar.

Yang pertama sekali, tentulah atas dasar saya sebagai orang Islam. Saya faham makna saya sebagai penganut Islam. Sebagai Muslimah, saya bukan sahaja mentaati Rukun Islam dan Rukun Iman, bahkan lebih lagi daripada itu. Apa maknanya saya seorang Muslimah andai saya bukan seorang yang bersifat selamat, aman dan tenang? Bukankah Islam itu maksudnya selamat, aman dan damai? Nah, apakah saya boleh dilabel sebagai Muslimah sekiranya orang di sekililing saya merasa terancam, kotor dan jijik dengan saya?

Sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mempunyai penduduk Islam secara majoriti, saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak sukanya saya dengan permainan politik negara kita. Terutamanya mengenai video seks Ketua pemimpin pembangkang. Adalah tidak wajar sama sekali tindakan trio Datok T mendedahkan video seks tersebut. Lebih-lebih lagi kesahihan video tersebut diragui. Ya, memang negara sudah dicanangkan dengan kebenaran video tersebut, tetapi apakah benar pelakunya adalah KPP(ketua pemimpin pembangkang). Kerana apa saya meraguinya? Kerana setelah banyak kali fitnah seumpamanya disumbatkan ke halwa telinga ini... Sakit sudah telinga mendengar dengan cerita yang tidak benar. Sekiranya video tersebut bohong, maka fitnah sudah tersebar. Bukankah fitnah itu lebih buruk daripada membunuh?

Kedua, adalah kerana saya rakyat Malaysia. Apa untungnya video seks ini kepada rakyat Malaysia? bagi saya, skandal video ini hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja. Bukan rakyat, bahkan meyusahkan hidup rakyat kerana rakyat telah "membuang" duit dengan berta karut marut ini. Dan sekiranya benar video ini dilakukan oleh KPP, kenapa tidak dari dulu lagi KPP ini disabitkan dengan kesalahan yang seumpamanya? KEnapa baru sekarang? Kenapa dan Mengapa?

Ketiga adalah kerana saya masih muda. Saya belia yang masih muda, begitu juga rakan-rakan saya yang lain. Begitu juga nasib anak-anak kami yang masih kecil. Apalah nasib kami pada masa hadapan dengan keadaan politik kotor dan lucah? Kalau beginilah keadaan negara ini, bagaimana harus kami hidup bahagia, rukun dan aman. Mereka orang tua tetapi masih lagi tak puas. Trio T dah tua, tak lama lagi nak mati, tapi buat keadaan huru-hara. Yelah, mereka tak rasa apa, kerana yang sengsara adalah kita, bukan mereka- golongan tua yang tak sedar-sedar.

Keempat, soal peradaban. Saya sedih, benar-benar kecewa. Tatkala media sibuk mencanang berita, tak tahu yang mana tipu dan mana benar, kami insan kerdil terus dilupa. Hilang sudah peradaban bangsa Malaysia kerana ketaksuban politik bahana nafsu pemimpin gila. Berita harga barang naik terus tenggelam, digantikan dengan video lucah hasil karya si putar alam. Berita derita rakyat yang punya harta terus lenyap, senyap dari arus perdana kononnya, skandal seks lebih utama...

Sedihnya saya...
Kecewanya saya...
Apakah negara saya masih punya deria
Merasa seksa kita yang juga rakyatnya
Yang sudah penat dengan cerita di media
Sarat dengan karut, fitnah, adu dan dombanya
Tidak tahu siapa pembela dan siapa pendusta

Khamis, 24 Mac 2011

UFO: Sekadar Makhluk Halus, Bukan Makhluk Asing

Jeng Jeng Jeng... Teori saya lagi

Kali ini berkenaan UFO. Dahulu saya pun terpengaruh juga dengan cerita-cerita UFO terutamanya dalam Drama X-Files. Menarik betul kisah UFO dan Alien ni kan...Tetapi semakin lama saya hidup semakin saya rasa kenal dengan UFO dan Alien ni...

Sebabnya, mula-mula saya perasan, hanya Orang Amerika yang obses dengan kisah UFO ni. Tak pernah pula saya terdengar UFO datang ke Malaysia atau negara Asia lain. Cuma berada di Benua AMerika. Pelik bukan?

Kenapa saya katakan UFO itu makhluk halus dan bukannya Makhluk asing? sebabnya..jin ini suka menakutkan manusia. Dan manusia sangatlah takut kepada sesuatu rupa yang menyeramkan. Bagi kita orang Malaysia, Kalaupun UFO datang ke negeri kita, kita tak kata UFO tapi kita kita kata polong atau santau tuju-tuju. Jadi 'no point' UFO datang ke sini sebab kita tak takut dengan depa. Jin ini, sebenarnya takut kepada manusia yang berani dan tak takutka mereka. Sebabnya kita ini khalifah di muka bumi. Jadinya, sepatutnya jin, binatang bahkan syaitan sepatutnya takut kepada kita, dan bukannya mereka takut kepada kita.

Jadi, teori saya ini, UFO hanyalah makhluk halus yang menjelma kepada bentuk yang ditakuti oleh manusia di kawasan setempat. Sebab itu toyol, pontianak, hantu raya, jembalang dan sewaktu dengannya tiada di tempat lain selain kepulauan Nusantara...

sekadar teori saya...

Serigala Jadian: Saka Orang Barat

Kita sering disogokkan dengan cerita-cerita aneh yang ada di sekililing kita. ANtaranya kejadian Serigala Jadian. Ada yang menyatakan itu sekadar mitos dan ada pihak lain mengatakan itu sekadar imaginasi penulis barat yang sukakan dunia mistik. Benar ataupun tidak, kita sendiri yang harus menilai. Namun sebelum itu, ingin saya kongsikan teori saya mengenai Serigala Jadian.

Filem Twilight hasil garapan novel inggeris mengenai dunia Vampire dan Werewolf sangat mendapat sambutan yang amat 'dahsyat' di kalangan remaja terutamanya gadis-gadis di dunia ini. Tidak terkecuali diri saya sendiri. Hehehe...

Saya juga tidak ketinggalan menonton filem-filem seram Malaysia. Tidak ketinggalan ceita mengenai saka, pendamping, hantu dan sebagainya menarik saya untuk berfikir dan 'mengkaji' dengan lebih dalam lagi.

Kalau melayu terkenal dengan saka nya, pastilah ada penjelasan mengenai Serigala Jadian yang boleh disama ertikan dengan kejadian Hariamu Jadian yang suatu ketika dahulu sangat digeruni oleh warga nusantara terutamanya di Semenanjung Malaysia dan Indonesia.

Melihat kepada corak penceritaan kisah Serigala Jadian, boleh jadi Sergala Jadian ini juga masalah saka. Tetapi di kalangan Orang Barat. Cumanya mereka tidak tahu mengeenai saka. Bukankah Sihir itu sangat melekat dalam masyarakat tidak kira dari Timur mahupun Barat. Tetapi Orang Barat yang telah lama meninggalkan dunia sihir ini terlupa akan sihir-sihir yang pernah dikerjakan nenek moyang mereka. Simptom-simptom Seriala Jadian juga serupa dengan gejala gangguan saka di kalangan masyarakat melayu seperti:

  1. Keturunan
  2. Masa tertentu

Jadi kesimpulan teori saya ini...Serigala Jadian memang wujud. Bezanya oang barat menggunakan Serigala sebagai saka, sebab mungkin dahulu di sana banyak serigala...dan sesetengah melayu menggunakan harimau, monyet dan sebagainya sebagai saka.



Sabar, Sabar Dan Terus Bersabar

Sabar, bukankah sabar itu separuh daripada iman? Kerap kali saya mendengar ungkapan itu... Dan adakalanya saya sendiri mempersoalkan kata-kata tersebut. Benarkah sabar itu separuh daripada iman? Ada juga berkata kebersihan itu separuh daripada iman.

Nah, soalan menerjah ke ruang minda. Andai benar sabar itu separuh daripada iman dan kebersihan juga separuh daripada iman, makanya sempurnalah iman kita andainya keduanya sudah terlaksana.

Hati saya berbisik, 'sabar itu bukanlah separuh daripada iman. Akan tetapi sebahagian daripada iman. Dan kebersihan itu juga patutnya sebahagian daripada iman.,' Nah, barulah dapat saya menerimanya.

Ketika duduk di perpustakaan universiti, sata telah membaca sebuah majalah. Ada artikel menarik berkaitan sabar. "Bersabarlah, tapi biar berpada".

Walau apapun kata penulis mengenai kesabaran, itu hanya buah fikiran. Boleh jadi saya menerima dan boleh jadi saya menolaknya. Pandangan kita semua berbeza...

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, biar apapun isu yang diketengahkan oleh penulis, kita bebas untuk menerima mahupun menolak. Kerana landasan pemikiran kita tetap sama...Mencari kebenaran dan hidup dalam kebenaran

Rabu, 15 September 2010

Panggilan Ajal

Semua yang hidup pasti akan mati. Bila, di mana, bagaimana? Itu rahsia Allah yang kita takkan tahu. Cumanya kita akan diberi petanda. Adapun tanda2 akan tibanya ajal kita berbeza-beza waktu dan ketika, modus operandinya tetap sama. So check it out:

The Countdown...

1.   100 hari sebelum mati
Sedar mahupun tidak sedar, kita diperingatkan oleh Allah atas kehendakNya. Dan tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2.      40 hari sebelum mati
Sma seperti 100 hari sebelum mati, tanda ini berlaku selepas asar. Dan symptomnya adalah: Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3.   7 Hari sebelum mati
Selalunya tanda ini diberikan kepada mereka yang sedang ditimpa musibah kesakitannya. Seperti hilang selera makan bagi pesakit. Kerana secara biologi sistem badan seolah-olah tahu dan faham akan ajal kian merapat. Maka, sesetangah daripada kita sudah mula berpuasa berharap agar matinya kelak dipermudahkan urusan seperti kapan, dan mandi jenazah. Tanda lain pula seperti menjadi pendiam kalu sebelumnya bukan pendiamm. Bahkan ada menjadi terlalu bermurah hati dan ada seperti 'buang tabiat'. Berbeza-beza tanda-tanda yang Allah berikan pada saat-saat akhir ini.

4.   3 hari sebelum mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5.   1 hari sebelum mati
Seperti tanda-tanda sebelum ini, simptom ajal sehari sebelum juga erlaku ketika sesudah asar. Kita merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

6.   Tanda akhir (Masanya tiba)...
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat


Wallahu 'alam...
Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Mohon dibetulkan sekiranya terdapat kesalahan.
Rujukan:Pelbagai artikel dari sumber internet, buku-buku, dan perbincangan bersama 'alim

Sabtu, 4 September 2010

Kenapa Shabatku?

Gambar-gambar yang terpampang depan matanya membuatkan jajntung berdegup dengan kencang nya. Inikah sahabat-sahabat ku yang dahulu nya ahli surau, ahli masjid, ahli persatuan islami? Atau ini cuma pelanduk dua serupa. Ku pisat-pisatkan lagi mata untuk melihat kebenaran, untuk memncari kesahihan. Ya, itu memang mereka.

Mengapa sahabat ku,kenapa? Apakah elok rupamu bergamba dengan jeliran lidah?

Apakah cantik gayanya dengan lentok-lentok, kepala senget-senget?

Apakah molek gayamu berciuman dengan ajnabi?

Aku malu...Kerana kamu-kamu orang terpelajar. Bukan tidak tahu halal dan haram perbuatanmu. Kau juga tahu, aku juga pernah berguru denganmu, bertanya tentang kemusykilan agama. Kau tahu bukan semuanya, wahai sahabatku?

Dulu kau lantang bersuara tentang haramnya membuka aurat. Siap dengan amaran keras. Dulu kau juga pernah berkata, laki-laki asing dan perempuan asing tak boleh berpimpin tangan apatah lagi berpelukan. Kau siap dengan dalil-dalil sahih untuk menampung hujahmu. Dulu kau juga berpesan dengan nada keras melarang pergaulan bebas.

Kemudian hari ini, kau seolah-olah menjilat ludahmu. Kini kau pula bangga menggayakan laranganmu dulu. Hilang sudah prisip dirimu. Dan kau juga mengutuk sikapmu dahulu yang terlalu baik. Kau malu dengan dirimu yang dulu.

Aku sudah tak hubungi lantaran diriku yang masih ketinggalan pada pandanganmu.

Aku sedih sahabatku. Tidak ku sangka kau berubah begitu. Ayuh, sahabat! Masih ada peluang dan ruang untuk dirimu kembali pulang. Kembalilah...Kembalilah...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Apa yang menarik?

Assalamualaikum...

untok kesekian kalinya blog tok dah bersawang balit. Gago benar kinet tok bah. Semester stat bulan 7 ya tek. Tok dah sebulan sik nyengok blog tok. Kedak dah sik ada keindahannya gik. Sik apala, aku coba akan menambah kemeriahan di blog tok walau sik da orang nak lalek.

Rabu, 19 Mei 2010

Liku Hari Ku (13)

Hari raya dijangka empat hari lagi. Kemeriahan semakin terasa. Usia kandungan hampir tiga bulan tidak membataskan pergerakan ku. Bahkan aku semakin aktif. Cuma aku tidak boleh menghidu makanan seperti sambal belacan dan kari kerana boleh membuatkan aku muntah. Dan emak tidak lagi bertanya tentang Mamduh denganku.

Usai solat terawih pada pukul 9.30 malam di masjid yang tidak jauh dari rumah kami, aku segera balik ke rumah. Aku berasa tidak sedap badan dan meninggalkan emak untuk pulang bersama-sama dengan adik-adik ku yang lain. Di rumah, aku terus berlari ke tandas. Segala yang telah dimakan harus dimuntahkan dengan segera. Kepala yang berdenyut-denyut memaksa aku untuk masuk ke bilik tidur, untuk berehat. Lagipun di kampung ini, jam 10 malam sudah lewat benar.

Sebelum aku melangkah masuk ke bilik tidur, Farhana menegurku. Dia tidak ikut serta ke masjid kerana haid.

"Kak sihat tak ni? Ada orang jauhlah,kak," kata Farhana membuatkan aku berhenti melangkah. Siapa pula datang malam-malam ni?

"Dia ada..." tidak habis ku dengar kata-kata Farhana, kepalaku berdenyut kembali. Tidak betah aku untuk berdiri lebih lama lagi. Aku harus segera berehat.

Aku segera berbaring di atas katil. Baru aku perasan, lampu bilik dan kipas sudah terpasang. Namun, aku terlalu letih dan mata semakin berat.

Kerana terasa panas, aku membuka mataku. Alangkah terkejutnya aku apabila ada seseorang sedang memelukku. Kaget dengan situasi itu, aku mula menjerit. Serta itu, satu lagi tangan menekup mulutku.

"Shh. Jangan jerit. Aku ni," Suara yang paling aku kenali berbisik di telinga. Seraya itu, aku melonggarkan pelukannya.

"Bila sampai?" Walaupun Mamduh sudah banyak kali menyakiti aku, sebagai isteri aku tetap menghormatinya. Tangannya ku salam dan kucup.

"Emak tak cakap aku balik hari ni?" Dia menjawab dengan soalan. Mamduh bangun dari katil dan meuju ke luar bilik. Tidak lama selepas itu, suara emak dan Mamduh kedengaran. Dengan lemah, aku bangun menapak ke luar bilik, untuk turut serta dengan mereka.

Liku Hari Ku (12)

Seminggu berada di rumah dan hari pertama menyambut puasa sememangnya memenatkan. Tambahan lagi dengan soalan emak yang sama tentang Mamduh berulang-ulang kali. Demi untuk manambah keyakinan emak tentang ceritaku, aku menghubungi Mamduh. Sebelum berbuka puasa, Mamduh menghubungi emak. Entah apa yang meeka bualkan, aku tidak ambil pusing.

* * * * *

Ujian Kehamilan yang aku ambil mengesahkan aku mengandung. Terkejut dan takut, dua perasaan bermain di hati ku. Aku bingung, tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Sememangnya aku tidak bersedia dengan berita ini. Sedihkah atau gembirakah aku dengan kehamilan ku ini? Tetapi, yang pastinya aku terlebih dahulu mesti merahsiakan kandungan ini.

Kata-kata doktor muda mula terngiang-ngiang di telinga. Nasihat dan tips-tips tentang awal kandungan aku pelajri dan amati.

"Usia kandungan puan sudah masuk 8 minggu. Saya harap puan kurangkan aktiviti yang boleh mengganggu kandungan dan ambil makanan yang berkhasiat. Sebarang makanan yang boleh meudaratkan kandungan, puan elakkan seperti nanas dan makanan pedas. Ubat-ubat dan susu puan mesti ambil setiap hari bagi memastikan kesihatan puan dan kandungan terjamin," panjang lebar penerangan doktor muda tersebut.

Sekembalinya aku dari hospital yang tidak jauh dari rumah kami, emak mula bertanya.

"Mar sakit?" Soalan yang mendebarkan jantung.
"Ubat Mar dah habis, mak. Lagipun masa puasa ni, bimbang pula gastrik," aku tidak berbohong kerana kebetulan ubat gastrik sudah habis.
"Kalau teruk sangat gastrik tu, tak payah puasa. Pagi tadi mak dengar Mar muntah-muntah kan?" kata emak lagi.
"Tak makan ubat masa sahur pagi tadi mak," emak tidak tahu bahawa aku sudah mengalami morning sickness. Syukur, gastrik dan migrain aku dapat menutupnya. Tapi, sampai bila harus aku merahsiakannya? Lambat laun, perutku akan besar juga.

Mei Terindah

Bulan kelima dalam tahun masihi atau di dalam kalnder Gregorian namanya Mei. Dalam bulan terebut, pelbagai peristiwa menarik berlaku. Daripada sepahit-pahit kenangan sehinggalah sambutam kebahagiaan.

Antaranya ialah:
8 Mei 1973 : Ulangtahun perkahwinan makbapak saya
9 Mei : Hari ibu
13 Mei 1968: Peristiwa Rusuhan Kaum
16 Mei : Sambutan Hari Guru
17 Mei 2005 : Ulang tahun perkahwinan kakak saya
18 Mei 1988 : bday kawan saya
Mei 2000: Ulang tahun perkahwinan abang saya
Dan Mei seterusnya: boleh jadi bday kawan2 saya yang lain.hehehe

Pada saya, Mei adalah bulan biasa seperti bulan-bulan yang lain. Cuma namanya hampir sama dalam tiga bahasa- May, Mayu, Mei...seperti sama sahaja,bukan...

Dan sekian kalinya pada bulan Mei ini, saya merepek!